Saturday, 11 February 2017
SUNNAH RASULULLAH SAW MEMBACA بسم الله الرحمن الرحيم SECARA KUAT OLEH IMAM KETIKA MEMULAKAN BACAAN AL-FATIHAH
Setiap orang yang melakukan solat diwajibkan membaca Basmalah pada awal surat Al-Fatihah kerana basmalah merupakan ayat pertama darinya. Hal tersebut berdasarkan kepada hadis sahih dan kuat dari Rasulullah saw.. Antara lain yang dikemukakan oleh Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Jika kamu sekalian membaca Alhamdulillah, maka bacalah Bismillahir Rahmaan Rahiim. Sesungguhnya Al-Fatihah itu Ummu Al- Qur’an (induk Alqur’an), Ummul-Kitab (induk Kitab), As-Sab’ Al-Masani dan Bismillahir Rahmaanir Rahiim. Adalah salah satu ayatnya”. HR.Duruquthny [I:312], Imam Baihaqi [II:45] dan lain-lainnya dengan isnad sahih baik secara marfu’ mahu pun secara mauquf).
Ibnu ‘Abbas ra. meriwayatkan bahawa dia membaca Al-Fatihah, lalu membaca wa laqad atainaaka sab’an min al-matsaaniya wal Qur’anal ‘Azim. Lalu dia berkata, “Itulah Fatihat al-Kitab (Pembuka Al-Kitab/Alqur’an) dan Bismillahir Rahmaanir Rahiim adalah ayat yang ketujuh” (Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Al-Fath VIII:382 mengatakan hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam Tobrani dengan isnad Hasan)
Diriwayatkan dari Ummu Salamah ra. bahawa, “Rasulullah saw. membaca Bismillahi Ar-Rahmaan Ar-Rahiim dalam solat, dan beliau menganggapnya sebagai satu ayat…” (HR Abu Daud dalam as-Sunan [IV:37], Imam Duruquthni [I:307], Imam Hakim [II:231], Imam Baihaqi [II:44] dan lain-lainnya dengan isnad sahih).
Imam Ishak bin Rahuwiyah pernah ditanya tentang seseorang yang meninggalkan Bismillahi Ar-Rahmaan Ar-Rahiim. Maka dia menjawab; “Siapa yang meninggalkan ba’, atau sin, atau mim dari basmalah, maka solatnya batal, kerana Al-hamdu (Al-Fatihah) itu tujuh ayat”. (Hal ini akan dapat ditemui dalam kitab Siyar A’lam Al-Nubala’ [XI:369] karangan Az-Zahabi).
Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas dan Abu Hurairah [ra] serta yang lainnya: “ Bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad saw. menjaharkan (bacaan) Bismillahi Ar-Rahmaan Ar-Rahiim”. (Hadis dari Ibnu ‘Abbas, diriwayatkan oleh Al-Bazzar dalam Kasyf Al-Atsar [I:255]; Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra [II:47] dan dalam kitab Ma’rifat As-Sunan wa Al-Atsar [II:308] dan lain-lainnya ; Al-Haitsami dalam Mujma’ Al-Zawaid [II:109] mengatakan, hadis tersebut di riwayatkan oleh Al-Bazzar dan rijal-nya mautsuuquun (dipercayai) ;
Al-Duruquthni [I:303-304] telah meriwayatkan dalam berbagai jenis isnad siapa pun yang menemukannya tidak akan meragukan kesahihannya. Perincian perbicaraannya dapat dilihat pada jilid III dari At-Tanaqudhat. Ada pun hadis dari Abu Hurairah ra., diriwayatkan oleh Imam Hakim dalam Al-Mustadrak-nya [I:232] dan perawi lainnya. Hadisnya shohih.
Az-Zahabi berusaha melemahkan hadis tersebut dalam Talkhish Al-Mustadrak. Dia mengatakan, ‘Muhammad itu dhaif’, yang dia maksudkan adalah Muhammad bin Qais, tetapi sebenarnya tidak sedemikian. Muhammad bin Qais sebenarnya orang yang baik dan dan dipercayai, termasuk rijal (sanad) Imam Muslim sebagaimana disebutkan dalam Tahzib At-Tahzib [IX:367]. Disitu disebutkan Muhammad bin Qais diakui mautsuuq oleh Ya’qub bin Sufyan Al-Fusawi dan Abu Dawud, Al-Hafiz pun mengakui hal itu di dalam At-Taqrib-nya)
Disebutkan dalam sahih Bukhori [II:251 dalam Al-Fath al-Bari], bahawa Abu Hurairah ra. berkata: “Pada setiap solat dibaca (Al-Fatihah dan surah). Apa yang yang beliau perdengarkan (jaharkan) maka kami pun memperdengarkannya (menjaharkannya), dan apa yang beliau samarkan , maka kami pun menyamarkannya…”.
Ada orang yang menyebutkan bahawa Rasulullah saw. kadang-kadang memperlahankan dan kadang-kadang menjaharkan (bacaan basmalah), itu tidak benar. Kerana mereka juga berdalil dengan hadis-hadis mu’allal yang ditolak. Bahkan sebahagiannya hanya disimpulkan dari hasil pemahaman (al-mafhum) yang berlawanan dengan hadis al-manthuq, yang jelas menyatakan adanya menjahar bacaan basmalah. Sedangkan yang manthuq itu harus didahulukan atas yang mafhum, sebagaimana ditetapkan dalam ilmu usul fiqh.
Imam Muslim didalam Sahih-nya [I:300] meriwayatkan hadis dari Anas ra. yang mengatakan: “Ketika suatu hari Rasulullah saw. berada disekitar kami, tiba-tiba beliau mengantuk (tidur sebentar), lalu mengangkat kepalanya sambil tersenyum. Kami bertanya; ‘Apa yang menyebabkan engkau tertawa wahai Rasulullah’? Beliau menjawab; ‘Tadi ada surah yang diturunkan kepadaku, lalu beliau membaca Bismillahi Ar-Rahmaan Ar-Rahiim, innaa a’thainaaka al-kautsar….sampai akhir hadis’ “.
Imam Nawawi mengatakan dalam Syarah Muslim [IV:111) bahawa basmalah itu merupakan satu ayat dari setiap surah kecuali surah Bara’ah atau at-Taubah berlandaskan dalil bahawa basmalah itu ditulis didalam mushaf dengan khat(tulisan/ kaligrafi) mushaf.
Hal itu berdasarkan kepada kesepakatan sahabat dan ijma’ mereka bahawa mereka tidak akan menetapkan sesuatu didalam Alqur’an dengan khat Alqur’an yang selain Alqur’an. Umat Islam sesudah mereka pun sejak dahulu sampai sekarang, sepakat atau berijma’ bahawa basmalah itu tidak ada pada awal surah Bara’ah dan tidak ditulis padanya. Hal itu semua menguatkan apa yang telah kami katakan.
Diriwayatkan oleh Abu Nu’aim Al-Mujmir seorang Imam, Faqih, dipercayai termasuk periwayat hadis Sahih Enam sempat bergaul dengan Abu Hurairah ra. selama 20 tahun : “Aku melakukan solat dibelakang Abu Hurairah ra., maka dia membaca Bismillahi Ar-Rahmaan Ar-Rahiim lalu dia membaca Ummu Alqur’an hingga sampai kepada Wa laadh dhaalliin kemudian dia mengatakan amin. Dan orang-orang pun mengucapkan amin. Setiap (akan ) sujud ia mengucapkan Allahu Akbar. Dan apabila bangun dari duduk dia mengucapkan Allahu Akbar. Dan jika bersalam (mengucapkan assalamu‘alaikum). Dia kemudian mengatakan, ‘Demi Tuhan yang jiwaku ada pada kekuasaan-Nya, sesungguhnya aku orang yang lebih mirip solatnya dengan Rasulullah saw daripada kalian”. (Imam Nasa’i dalam As-Sunan II:134; Imam Bukhori mengisyaratkannya hadis tersebut dalam sahihnya [II:266 dalam Al-Fath] ; Ibnu Hibban dalam sahihnya [V:100] ; Ibn Khuzaimah dalam sahihnya I:251 ; Ibn Al-Jarud dalam Muntaqa halaman 184 ;Al-Duruquthni [I:300] mengatakan semua perawinya siqah ; Hakim dalam Al-Mustadrak [I:232] ; Imam Baihaqi dalam As-Sunan [II:58] dan dalam kitab Ma’rifat As-Sunan wa Al-Atsar [II:371] dan mengatakan isnadnya sahih. Dan hadis itu disahihkan oleh sejumlah para penghafaz hadis seperti Imam Nawawi, Ibn Hajar dalam Al-Fath [II:267] bahkan dia mengatakan bahawa Imam Nawawi membuat bab khusus ‘Menjaharkan Bismillahi Ar-Rahmaan Ar-Rahiim’, itulah hadis yang paling sahih mengenai hal tersebut).
Tetapi sebenarnya hadis itu bukan yang paling sahih, kerana hadis Anas yang diriwayatkan Imam Bukhori lah yang paling sahih iaitu “Rasulullah saw. me-mad-kan (memanjangkan bacaan) bismillah, me-mad-kan Ar-Rahmaan dan me-mad-kan Ar-Rahiim”. Ibn Hajar dalam Al-Fath II:229 telah menetapkan untuk menggunakan hadis yang menetapkan adanya jahar dalam membaca basmalah. Selanjutnya dia mengatakan, ‘Maka jelaslah (benarnya) hadis yang menetapkan adanya jahar dengan basmalah’.
Dalam Sahih Bukhori [IX:91 dalam Al-Fath] disebutkan bahawa Anas bin Malik ra. pernah di tanya mengenai bacaan Nabi Muhammad saw.. Dia menjawab: “Bacaan Nabi itu (mengandungi) mad (dipanjangkan), (iaitu ) memanjangkan bacaan Bismillah, memanjangkan kata Ar-Rahman dan memanjangkan kata Ar-Rahim”.
Ada pun hadis Anas ra. yang antara lain mengatakan: “Aku melakukan solat dibelakang Nabi Muhammad saw., Abu Bakar, Umar dan ‘Usman. Mereka membuka (bacaan Alquran) dengan Alhamdulillah Rabbil ‘Aalamiin dan mereka tidak menyebut (membaca) Bismillahi Ar-Rahmaan Ar-Rahiim baik di awal pembacaannya mahu pun di akhirnya”. Dalam riwayat lain disebutkan: “Maka aku tidak mendengar salah satu di antara mereka membaca Bismillahi Ar-Rahmaan Ar-Rahiim yang diriwayatkan Imam Muslim dalam sahih-nya [I:299no.50 dan 52]. Hadits tersebut mu’allal (hadis yang mempunyai banyak ‘ilat atau yang menurunkannya dari darjat sahih). Diantara ‘ilat atau penyakit yang melemahkan darjat hadis itu adalah, ungkapan terakhir dalam hadis tersebut ‘Mereka tidak menyebut atau membaca Bismillah’. Sebenarnya itu bukan dari perkataan (hadis) Anas, tetapi hanya perkataan salah seorang perawi yang memahami kata-kata Alhamdulillah Rabbil ‘Aalamiin dan tidak bermaksud untuk metiadakan basmalah dari Al-Fatihah.
Argumen ini dikuatkan dengan hadis Abu Hurairah ra., disebutkan bahawa Rasulullah saw. bersabda, ”Alhamdulillah rabbil ‘aalamiin sab’u ayat ihdaa- hunna Bismillahi Ar-Rahmaan Ar-Rahiim, wa hiya as-sab’u al-matsaani wa al-Quraani al-‘azhiim, wa hiya Ummu Al-Qur’an wa Fatihat Al-Kitaab, (Al-Fatihah itu tujuh ayat, salah satunya adalah Bismillahi Ar-Rahmaan Ar-Rahiim. Itulah tujuh (ayat) yang diulang-ulang Al-qur’an yang agung dan itulah induk Alqur’an dan Fatihat (Pembuka) Al-Kitab (Alqur’an)”. Al-hafiz Al-Haitami dalam Al-Mujma’ [II:109] mengatakan, “Hadis tersebut diriwayatkan Imam Thabarani dalam Al-Ausath, rijal-nya tsiqah”.
Dari keterangan itu semua dapat ditetapkan ada empat indikasi mengenai kelemahan hadis Anas ra diatas tersebut:
a). Hadits yang sahih dan tsabit (kuat) yang diriwayatkan Imam Bukhori dari Anas berlawanan dengan hadis tersebut. Dalam hadis itu disebutkan, “Bacaan Nabi itu (mengandung) mad (dipanjangkan), (iaitu) memanjangkan bacaan Bismillah, memanjangkan kata Ar Rahman dan memanjangkan kata Ar-Rahim”.
b). Semua Hafiz pakar penghafaz hadis yang menulis dalam Mustolah Hadis dan mengarang mengenai hadis, menyebutkan hadis Anas tersebut sebagai contoh hadis mu’allal yang meniadakan menjahar basmalah dalam Al-Fatihah itu
c). Hadits Anas tersebut, disamping mu’allal, bersifat meniadakan, sedangkan hadis Anas yang lainnya beserta hadis-hadis lain dari para sahabat menetapkan (istbat) adanya jahar dalam membaca basmalah. Padahal seperti yang di tetapkan dalam ilmu ushul fiqh ialah yang menetapkan (al-mutsbit) itu harus didahulukan daripada yang meniadakan, apalagi yang meniadakan itu masih mengandung ‘ilat (berupa hadis mu’allal). Menjam’u (mengkompromikan) pun tidak boleh dilakukan.
d) Diriwayatkan secara kuat dan benar, bahawa para sahabat yang empat -radhiyallahu ‘anhum- khususnya khalifah Umar dan khalifah ‘Ali semuanya menjaharkan bacaan basmalah dalam Al-Fatihah (lihat umpamanya kitab Ma’rifat As-Sunan Wa Al-Atsar [II:372 dan 378] ).
Wallahu a’lam.
ABU SUNNAH
AHLI SUNNAH WALJAMAAH NEGERI SEMBILAN
Like Page Sunnah Rasulullah
https://m.facebook.com/Sunnah-Rasulullah-990303737717259/
SUNNAH MEMBACA DOA QUNUT SUBUH
A. Hukum Membaca Qunut Subuh
Di dalam Mazhab Syafie sudah disepakati bahawa membaca doa qunut dalam solat subuh pada I'tidal rakaat kedua adalah sunnah ab'ad. Sunnah Ab'ad ertinya diberi pahala bagi yang mengerjakannya dan bagi yang lupa mengerjakannya disunnahkan menampalnya dengan Sujud sahwi.
Tersebut dalam Al Majmu 'syarah muhazzab jilid III / 504 sebagai berikut:
"Dalam mazhab syafie disunnatkan qunut pada waktu solat subuh baik ketika turun bencana atau tidak. Dengan hukum inilah berpegang majoriti ulama salaf dan orang-orang yang sesudah mereka. Dan diantara yang berpendapat demikian adalah Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Khattab, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Ibnu Abbas, Barra 'bin Azib - semoga Allah meredhoi mereka semua. Ini diriwayatkan oleh Baihaqi dengan sanad yang sahih. Ramai tabi'in dan yang sesudah mereka berpendapat demikian. Inilah mazhab Ibnu Abi Laila, Hasan bin Shalih, Malik dan Daud. "
Dalam kitab Al-Umm jilid I / 205 disebutkan bahawa Imam syafie berkata:
"Tidak ada qunut pada solat lima waktu selain solat subuh. Kecuali jika terjadi bencana, maka boleh qunut pada semua solat jika imam menyukai".
Imam Jalaluddin al-Mahalli berkata dalam kitab Al-Mahalli jilid I / 157:
"Disunnahkan qunut pada I'tidal rakaat kedua dari solat subuh dan dia adalah" Allahummahdinii fiman hadait ... .hingga akhirnya ".
Demikian keputusan hukum tentang qunut subuh dalam mazhab syafie
B. Dalil-Dalil Kesunattan qunut subuh
Berikut ini dikemukakan dalil dalil tentang kesunnatan qunut subuh yang diantaranya adalah sebagai berikut:
Hadis dari Anas ra.
"Bahawa Nabi saw. pernah qunut selama satu bulan sambil mendoakan kecelakaan atas mereka kemudian Nabi meninggalkannya.Adapun pada solat subuh, maka Nabi melakukan qunut hingga beliau meninggal dunia "
Hadis ini diriwayatkan oleh sekelompok huffaz dan mereka juga ikut meriwayatkannya dan mereka juga ikut mensahihkannya. Diantara ulama yang mengakui kesahihan hadis ini adalah Hafiz Abu Abdillah Muhammad Ali Al-Balkhi dan Al-Hakim Abu Abdillah pada beberapa tempat di kitabnya serta imam Baihaqi. Hadis ini juga turut di riwayatkan oleh Darulquthni dari beberapa jalan dengan sanad-sanad yang sahih.
حدثنا عمرو بن علي الباهلي, قال: حدثنا خالد بن يزيد, قال: حدثنا أبو جعفر الرازي, عن الربيع, قال: سئل أنس عن قنوت (1) النبي صلى الله عليه وسلم: «أنه قنت شهرا», فقال: ما زال النبي صلى الله عليه وسلم يقنت حتى مات قالوا: فالقنوت في صلاة الصبح لم يزل من عمل النبي صلى الله عليه وسلم حتى فارق الدنيا, قالوا: والذي روي عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قنت شهرا ثم تركه, إنما كان قنوته على من روي عنه أنه دعا عليه من قتلة أصحاب بئر معونة, من رعل وذكوان وعصية وأشباههم, فإنه قنت يدعو عليهم في كل صلاة, ثم ترك القنوت عليهم, فأما في الفجر, فإنه لم يتركه حتى فارق الدنيا, كما روى أنس بن مالك عنه صلى الله عليه وسلم في ذلك وقال آخرون: لا قنوت في شيء من الصلوات المكتوبات, وإنما القنوت في الوتر
Dikatakan oleh Umar bin Ali Al Bahiliy, dikatakan oleh Khalid bin Yazid, dikatakan Jakfar Arraziy, dari Arrabi 'berkata: Anas ra ditanya tentang Qunut Nabi saw bahawa apakah betul beliau saw berqunut sebulan, maka berkata Anas ra: beliau saw selalu terus berqunut hingga wafat , lalu mereka mengatakan maka Qunut Nabi saw pada solat subuh selalu berkesinambungan hingga beliau saw wafat, dan mereka yg meriwayatkan bahawa Qunut Nabi saw hanya sebulan kemudian berhenti maka yg dimaksud adalah Qunut setiap solat untuk mendoakan kehancuran atas musuh musuh, lalu (setelah sebulan) beliau saw berhenti, namun Qunut di solat subuh terus berjalan hingga beliau saw wafat. (Sunan Imam Baihaqi Alkubra Juz 2 hal 211 Bab Raf'ul yadayn filqunut, Sunan Imam Baihaqi Alkubra Juz 3 hal 41, Fathul Baari Imam Ibn Rajab Kitabusshalat Juz 7 hal 178 dan hal 201, Syarh Nawawi Ala shahih Muslim Bab Dzikr Nida Juz 3 hal 324, dan banyak lagi).
2. Hadis dari Awam Bin Hamzah dimana beliau berkata:
"Aku bertanya kepada Usman -semoga Allah meredhoinya- tentang qunut pada Subuh. Beliau berkata: Qunut itu sesudah ruku' . Aku bertanya: "Fatwa siapa?", Beliau menjawab: "Fatwa Abu Bakar, Umar dan Usman Radhiyallahu 'anhum".
Hadits ini riwayat Imam Baihaqi dan beliau berkata: "Isnadnya Hasan". Dan Baihaqi juga meriwayatkan hadis ini dari Umar Ra. Dari beberapa jalan.
3. Hadis dari Abdullah bin Ma'qil at-Tabi'i
"Ali Ra. Qunut pada solat subuh ".
Diriwayatkan oleh Baihaqi dan beliau berkata: "Hadits tentang Ali Ra. Ini sahih lagi masyhur.
4. Hadis dari Barra 'Ra. :
"Bahawa Rasulullah Saw. melakukan qunut pada solat subuh dan maghrib ". (HR. Muslim).
5. Hadis dari Barra 'Ra. :
"Bahawa Rasulullah Saw. melakukan qunut pada solat subuh ". (HR. Muslim).
Hadis no. 4 diriwayatkan pula oleh Abu Daud dengan tanpa penyebutan solat maghrib. Imam Nawawi dalam Majmu 'II / 505 berkata: "Tidaklah mengapa meninggalkan qunut pada solat maghrib kerana qunut bukanlah sesuatu yang wajib atau kerana ijma ulama menunjukan bahawa qunut pada solat maghrib sudah mansukh hukumnya".
6. Hadis dari Abi rofi '
"Umar melakukan qunut pada solat subuh sesudah ruku 'dan mengangkat kedua tangannya serta membaca doa dengn bersuara". (HR Baihaqi dan beliau mengatakan hadis ini sahih).
7. Hadis dari ibnu sirin, beliau berkata:
"Aku berkata kepada Anas: Adakah Rasulullah SAW. melakukan qunut pada waktu subuh? Anas menjawab: Ya, begitu selesai ruku' ". (HR. Bukhari Muslim).
8. Hadis dari Abu Hurairah ra. Beliau berkata:
"Rasulullah Saw. jika beliau mengangkat kepalanya dari ruku pada rakaat kedua solat subuh beliau mengangkat kedua tangannya lalu berdoa: "Allahummah awal fii man hadait ... .dan seterusnya". (HR. Hakim dan dia mensahihkannya).
9. Hadis dari Hasan bin Ali bin Abi Talib ra. Beliau berkata:
"Aku telah diajar oleh Rasulullah Saw. beberapa kalimat yang aku ucapkan pada witir iaitu: Allahummah awal fii man hadait ... .dan seterusnya "(HR Abu Daud, Tirmizi, Nasaie dan selain mereka dengan isnad yang sahih)
10. Hadis dari Ibnu Ali bin Talib ra. (Berkaitan dengan hadis no. 8)
Imam Baihaqi meriwayatkan daripada Muhammad bin Hanafiah dan beliau adalah Ibnu Ali bin Talib ra. Beliau berkata:
"Sesungguhnya doa ini adalah yang dipakai oleh bapa pada waktu qunut waktu solat subuh" (Al-baihaqi II / 209).
11. Hadis doa qunut subuh dari Ibnu Abbas ra. :
Mengenai doa qunut subuh ini, Imam Baihaqi juga meriwayatkan dari beberapa jalan iaitu Ibnu Abbas dan selainnya:
"Bahawasanya Nabi Saw. mengajarkan doa ini (Allahummah awal fii man hadait ... .dan seterusnya) kepada para sahabat agar mereka berdoa dengannya pada waktu qunut di solat subuh "(Al-baihaqi II / 209).
Demikianlah Beberapa Dalil yang dipakai para ulama-ulama ahlusunnah dari madzhab syafiiyah berkaitan dengan fatwa mereka tentang qunut subuh.
Dari sini dapat dilihat kesahihan hadis-hadisnya kerana disahihkan oleh Imam-imam hadis ahlusunnah yang dipercayai. Hati-hati dengan orang-orang khalaf akhir zaman yang lemah hafalan hadisnya tetapi mengaku ahli hadis dan banyak meragukan hadis-hadis seperti mendoifkan hadis sahih dan sebaliknya.
Sila Like Page Sunnah Rasulullah
https://m.facebook.com/profile.php?id=990303737717259&_rdr
C. Tempat Qunut Subuh dan Nazilah adalah Sesudah ruku' rakaat terakhir.
Disebut dalam Al-Majmu Jilid III / 506 bahawa: "Tempat qunut itu adalah sesudah mengangkat kepala dari ruku. Ini adalah ucapan Abu Bakar as-siddiq, Umar bin Khattab dan Uthman serta Ali ra.hum.
Mengenai Dalil-dalil qunut sesudah ruku:
Hadis dari Abu Hurairah:
"Bahawa Nabi Qunut sesungguhnya sesudah ruku' " (HR. Bukhari Muslim).
2. Hadis dari ibnu sirin, beliau berkata:
"Aku berkata kepada Anas: Adakah Rasulullah SAW. melakukan qunut pada waktu subuh? Anas menjawab: Ya, begitu selesai ruku' ". (HR. Bukhari Muslim).
3. Hadis dari Anas Ra.
"Bahawa Nabi Saw. melakukan qunut selama satu bulan sesudah rukuk pada subuh sambil mendoakan kecelakaan keatas Bani 'Ushayyah "(HR. Bukhari Muslim).
4. Hadis Dari Awam Bin Hamzah dan Rofi yang sudah disebutkan pada dalil 4 dan 5 tentang kesunnatan qunut subuh.
5. Riwayat Dari Ashim al-ahwal dari Anas Ra. :
"Bahawa Anas Ra. Berfatwa tentang qunut sesudah ruku ".
6. Hadiss dari Abu Hurairah ra. Beliau berkata:
"Rasulullah Saw. jika beliau mengangkat kepalanya dari ruku pada rakaat kedua solat subuh beliau mengangkat kedua tangannya lalu berdoa: "Allahummah awal fii man hadait ... .dan seterusnya". (HR. Hakim dan dia mensahihkannya).
7. Hadis Riwayat dari Salim dari Ibnu Umar ra.
"Bahawasanya ibnu umar mendengar Rasulullah SAW apabila beliau mengangkat kepalanya dari ruku pada rakaat terakhir solat subuh, beliau berkata:" Ya Allah laknatlah sifulan dan si fulan ", sesudah beliau menucapkan sami'allahu liman hamidah. Maka Allah menurunkan ayat: "Tidak ada bagi kamu sesuatu pun urusan mereka itu atau dari pemberian taubat terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang yang zalim" (HR Bukhari).
Disini jelas Bahawa pada qunut nazilah dan qunut subuh, dilakukan selepas ia ruku' . Adapun ada riwayat yang menyatakan sebelum ruku' , Imam Baihaqi mengatakan dalam kitab Al-Majmu' :
"Dan orang-orang yang meriwayatkan qunut sesudah ruku' lebih banyak dan lebih kuat menghafaz hadis, maka dialah yang lebih utama dan inilah jalannya para khalifah yang memperoleh petunjuk - radhiyallahu 'anhum- pada sebahagian besar riwayat mereka, wallahu a'lam".
D. Jawapan untuk orang-orang yang membantah sunnahnya qunut subuh
Ada yang mendatangkan Hadis bahawa Ummu Salamah berkata:
"Bahawa Nabi Saw. melarang qunut pada waktu subuh "(Hadis ini Dhoif).
Jawapan: Hadis ini dhaif (lemah) kerana periwayatan dari Muhammad bin Ya'la dari Anbasah bin Abdurrahman dari Abdullah bin Nafi 'dari bapaknya dari Ummu Salamah. Berkata darulqutni: "Ketiga-tiga orang itu adalah lemah dan tidak benar jika Nafi 'mendengar hadis itu dari Ummu Salamah". Tersebut dalam Mizanul I'tidal "Muhammad bin Ya'la 'dikatakan oleh Imam Bukhari bahawa ia banyak menghilangkan hadis. Abu Hatim mengatakan ianya matruk "(Mizanul I'tidal IV / 70).
Anbasah bin Abdurrahman menurut Imam Baihaqi hadisnya matruk. Sedangkan Abdullah adalah orang banyak meriwayatkan hadis mungkar. (Mizanul I'tidal II / 422).
2. Ada yang mengajukan Hadis bahawa Ibnu Abbas ra. berkata:
"Qunut pada solat subuh adalah bid'ah"
Jawapan: Hadis ini dhaif (lemah) sekali (dhaif jiddan) kerana Imam Baihaqi meriwayatkannya dari Abu Laila Al-Kufi dan beliau sendiri mengatakan bahawa hadis ini tidak sahih kerana Abu Laila itu adalah matruk (Orang yang ditinggalkan hadisnya). Lebih-lebih lagi pada hadis yang lain Ibnu Abbas sendiri mengatakan:
"Bahawasanya Ibnu Abbas melakukan qunut subuh".
3. Ada juga yang mengetengahkan riwayat Ibnu Mas'ud yang mengatakan:
"Rasulullah tidak pernah qunut didalam solat apapun".
Jawapan: Riwayat ini menurut Imam Nawawi dalam Al Majmu sangatlah dhoif kerana perawinya terdapat Muhammad bin Jabir As-Suhaili yang ucapannya selalu ditinggalkan oleh ahli hadis. Tersebut dalam Mizanul I'tidal karangan az-Zahabi bahawa Muhammad bin Jabir As-Suhaili adalah orang yang dhoif menurut perkataan Ibnu Mu'in dan Imam Nasa'i. Imam Bukhari mengatakan: "ia tidak kuat". Imam Ibnu Hatim berkata: "Ia dalam masa akhirnya menjadi pelupa dan kitabnya telah hilang". (Mizanul I'tidal III / 492).
Dan juga kita dapat menjawab dengan jawaban terdahulu bahawa orang yang mengatakan "ada" lebih didahulukan daripada yang mengatakan "tidak ada" berdasarkan kaedah "Al-musbit muqaddam a'lan Naafi".
4. Ada orang yg berpendapat bahawa Nabi Muhammad saw melakukan qunut satu bulan sahaja berdasarkan hadis Anas ra, maksudnya:
"Bahawasanya Nabi saw melakukan qunut selama satu bulan sesudah ruku' sambil mendoakan kecelakaan ke atas beberapa puak Arab kemudian baginda meninggalkannya." Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Jawapan: Hadis daripada Anas tersebut kita akui sebagi hadis yg sahih kerana terdapat dalam kitab Bukhari dan Muslim. Akan tetapi yg menjadi permasalahan sekarang adalah kata: (thumma tarakahu = Kemudian Nabi meninggalkannya).
Apakah yg ditinggalkan oleh Nabi itu?
Meninggalkan qunutkah? Atau meninggalkan berdoa yg mengandungi kecelakaan ke atas puak-puak Arab?
Untuk menjawab permasalahan ini lah kita perhatikan baik-baik penjelasan Imam Nawawi dlm Al-Majmu' jil.3, hlm.505 maksudnya:
"Adapun jawapan terhadap hadis Anas dan Abi Hurairah r.a dlm ucapannya dengan (thumma tarakahu) maka maksudnya adalah meninggalkan doa kecelakaan ke atas orang-orang kafir itu dan meninggalkan laknat terhadap mereka sahaja. Bukan meninggalkan seluruh qunut atau meninggalkan qunut pada selain subuh. Penafsiran seperti ini mesti dilakukan kerana hadis Anas di dlm ucapannya 'sentiasa Nabi qunut di dlm solat subuh sehingga beliau meninggal dunia' . Adalah sahih lagi jelas maka wajiblah menggabungkan di antara kedua-duanya. "
Imam Baihaqi meriwayatkan dan Abdur Rahman bin Madiyyil, bahawasanya beliau berkata, maksudnya:
"Hanyalah yg ditinggalkan oleh Nabi itu adalah melaknat."
Tambahan lagi pennafsiran seperti ini dijelaskan oleh riwayat Abu Hurairah ra yg berbunyi, maksudnya:
"Kemudian Nabi menghentikan doa kecelakaan ke atas mereka."
Dengan demikian dapatlah dibuat kesimpulan bahawa qunut Nabi yg satu bulan itu adalah qunut nazilah dan qunut inilah yg ditinggalkan, bukan qunut pada waktu solat subuh.
5. Ada juga orang-orang yg tidak menyukai qunut mengemukakan dalil hadis Saad bin Thariq yg juga bernama Abu Malik Al-Asja'i, maksudnya:
"Dari Abu Malik Al-Asja'i, beliau berkata: Aku pernah bertanya kepada bapaku, wahai bapa! sesungguhnya engkau pernah solat di belakang Rasulullah saw, Abu Bakar, Usman dan Ali bin Abi Thalib di sini di kufah selama kurang lebih dari lima tahun. Adakah mereka melakukan qunut ?. Dijawab oleh bapanya: "Wahai anakku, itu adalah bid'ah." Diriwayatkan oleh Tirmizi.
Jawapan:
Kalau benar Saad bin Thariq berkata begini maka sungguh menghairankan kerana hadis-hadis tentang Nabi dan para Khulafa Rasyidun yg melakukan qunut banyak sangat sama ada di dlm kitab Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Abu Daud, Nasa'i dan Baihaqi.
Oleh itu ucapan Saad bin Thariq tersebut tidaklah diakui dan terpakai di dalam mazhab Syafie dan juga mazhab Maliki.
Hal ini disebabkan oleh kerana beribu-ribu orang telah melihat Nabi melakukan qunut, begitu pula sahabat baginda. Manakala hanya Thariq seorang shj yg mengatakan qunut itu sebagai amalan bid'ah.
Maka dalam masalah ini berlakulah kaedah usul fiqh iaitu:
"Almusbitu muqaddimun a'la annafi"
Maksudnya: Orang yg menetapkan lebih didahulukan atas orang yg menafikan.
Tambahan lagi orang yg mengatakan ADA jauh lebih banyak drpd orang yg mengatakan TIDAK ADA.
Seperti inilah jawapan Imam Nawawi didlm Al-Majmu 'jil.3, hlm.505, maksudnya:
"Dan jawapan kita terhadap hadis Saad bin Thariq adalah bahawa riwayat orang-orang yang menetapkan qunut terdapat pada mereka itu tambahan ilmu dan juga mereka lebih banyak. Oleh itu wajiblah mendahulukan mereka "
Pensyarah hadis Tirmizi iaitu Ibnul 'Arabi juga memberikan komen yang sama terhadap hadis Saad bin Thariq itu. Beliau mengatakan: "Telah sah dan tetap bahawa Nabi Muhammad saw melakukan qunut dlm solat subuh, telah tetap pula bahawa Nabi ada qunut sebelum rukuk atau sesudah rukuk, telah tetap pula bahawa Nabi ada melakukan qunut nazilah dan para khalifah di Madinah pun melakukan qunut serta Sayyidina Umar mengatakan bahawa qunut itu sunat, telah pula diamalkan di Masjid Madinah. Oleh itu janganlah kamu tengok dan jangan pula ambil perhatian terhadap ucapan yg lain daripada itu. "
6. Kelompok anti mazhab mengatakan: Dalam hadis-hadis yang disebutkan diatas, qunut bermakna tumaninah / khusu '?
Jawab: Dalam hadis2 yang ada dlm artikel ini semuanya bermakna seperti dalam topik yang dibicarakan "qunut" = berdoa pada waktu berdiri (setelah ruku) ...
qunut dalam hadis-hadis tersebut bukan bererti toma'ninah atau ruku. !!!
Mengenai hadis "qunut" yang bermakna toma'ninah / khusu' / dsb
Diriwayatkan dari Jabir Ra. katanya Rasulullah saw. bersabda: afdlalu solah thuululqunuut
ertinya: "solat yg paling baik ialah yang paling panjang qunutnya"
Dalam menjelaskan ayat alqur'an:
"Dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dalam keadaan" qanitiin "(al-baqarah 238) (HR Ibnu Abi Syaibah, Muslim, Tirmizi, Ibnu Majah seperti dalam kitab Duurul mantsur).
Mujahid Rah. maksud qanitiin disini termasuklah ruku' , khusyu' , rakaat yang panjang / lama berdiri, mata tunduk kebawah, takut kepada Allah swt.
Makna qanitiin juga bererti diam atau senyap. Sebelum turun ayat ini, masih dibolehkan berbicara dalam solat, melihat keatas, kebawah, kesana-kemari, dsb ... (lihat hadis bukhari muslim). Setelah turun ayat ini, perkara-perkara tersebut tidak dibolehkan. (Duurul Mansur)
E. Pendapat Imam Mazhab tentang qunut
1. Mazhab Hanafi:
Disunatkan qunut pada solat witir dan tempatnya sebelum ruku'. Adapun qunut pada solat subuh tidak disunatkan. Sedangkan qunut Nazilah disunatkan tetapi ada solat jahriyah saja.
2. Mazhab Maliki:
Disunnatkan qunut pada solat subuh dan tempatnya yang lebih utama adalah sebelum ruku, tetapi boleh juga dilakukan setelah ruku. Adapun qunut selain subuh iaitu qunut witir dan Nazilah, maka keduanya dimakruhkan.
3. Mazhab Syafie
Disunnatkan qunut pada waktu subuh dan tempatnya sesudah ruku'. Begitu juga disunnatkan qunut nazilah dan qunut witir pada pertengahan bulan ramadhan.
4. Mazhab Hambali
Disunnatkan qunut pada solat witir dan tempatnya sesudah ruku'. Adapun qunut subuh tidak disunnahkan. Sedangkan qunut nazilah disunatkan dan dilakukan diwaktu subuh saja.
Semoga kita dijadikan oleh Allah asbab hidayah bagi kita dan ummat seluruh alam.
ABU SUNNAH
AHLI SUNNAH WALJAMAAH NEGERI SEMBILAN
SUNNAH RASULULLAH SAW HADIR MENERIMA JEMPUTAN JAMUAN MAKAN DARIPADA KELUARGA SI MATI
Sebuah hadis yang sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, dari ‘Ashim bin Kulaib, dari ayahnya, dari sahabat Ansar, yang redaksinya sebagai berikut :
قَالَ: خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي جَنَازَةٍ، فَرَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ عَلَى الْقَبْرِ يُوصِي الْحَافِرَ: «أَوْسِعْ مِنْ قِبَلِ رِجْلَيْهِ، أَوْسِعْ مِنْ قِبَلِ رَأْسِهِ» ، فَلَمَّا رَجَعَ اسْتَقْبَلَهُ دَاعِي امْرَأَةٍ فَجَاءَ وَجِيءَ بِالطَّعَامِ فَوَضَعَ يَدَهُ، ثُمَّ وَضَعَ الْقَوْمُ، فَأَكَلُوا، فَنَظَرَ آبَاؤُنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَلُوكُ لُقْمَةً فِي فَمِهِ، ثُمَّ قَالَ: «أَجِدُ لَحْمَ شَاةٍ أُخِذَتْ بِغَيْرِ إِذْنِ أَهْلِهَا» ، فَأَرْسَلَتِ الْمَرْأَةُ، قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنِّي أَرْسَلْتُ إِلَى الْبَقِيعِ يَشْتَرِي لِي شَاةً، فَلَمْ أَجِدْ فَأَرْسَلْتُ إِلَى جَارٍ لِي قَدِ اشْتَرَى شَاةً، أَنْ أَرْسِلْ إِلَيَّ بِهَا بِثَمَنِهَا، فَلَمْ يُوجَدْ، فَأَرْسَلْتُ إِلَى امْرَأَتِهِ فَأَرْسَلَتْ إِلَيَّ بِهَا، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَطْعِمِيهِ الْأُسَارَى»
“Kami keluar bersama Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam pada sebuah jenazah, maka aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam berada diatas kubur berpesan kepada penggali kubur : “perluaskanlah olehmu dari bahagian kakinya, dan juga luaskanlah pada bahagian kepalanya”, Maka tatkala telah kembali dari kubur, seorang wanita (isteri si mati) mengundang (mengajak) Rasulullah, maka Rasulullah datang kemudian didatangkan makanan yang diletakkan dihadapan Rasulullah, kemudian diletakkan juga pada sebuah kumpulan (para sahabat), kemudian dimakanlah oleh mereka. Maka ayah-ayah kami melihat Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam makan dengan suapan, dan bersabda: “aku mendapati daging kambing yang diambil tanpa izin pemiliknya”. Kemudian wanita itu berkata : “wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah mengutus ke Baqi’ untuk membeli kambing untukku, namun tidak menemukannya, maka aku mengutus kepada tetanggaku untuk membeli kambingnya kemudian agar di kirim kepadaku, namun ia tidak ada, maka aku mengutus kepada isterinya (untuk membelinya) dan ia kirim kambing itu kepadaku, maka Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda : “berikanlah makanan ini untuk tawanan”.
Sunan Abi Daud no. 3332 ; As-Sunanul Kubrra lil-Baihaqi no. 10825 ; hadis ini sahih ; Misykaatul Mafatih [5942] At-Tibrizi dan Mirqatul Mafatih syarh Misykah al-Mashabih [5942] karangan al-Mulla ‘Ali al-Qari, hadis tersebut dikomentari sahih. Lebih jauh lagi, didalam kitab tersebut disebutkan dengan lafaz berikut :
(استقبله داعي امرأته) ، أي: زوجة المتوفى
“Rasulullah menerima ajakan wanitanya, iaitu isteri dari yang wafat”.
Hadis ini tentang Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam sendiri dan para sahabat beliau yang berkumpul dan makan di kediaman keluarga si mati, yang bererti bahawa hadis ini menunjukkan atas kebolehan keluarga si mati membuatkan makanan (jamuan) dan mengajak manusia memakannya.
Hadis ‘Asim bin Kulaib juga dinaqal didalam ‘Aunul Ma’bud [3332] :
وفي المشكاة داعي امرأته بالإضافة إلى الضمير قال القارىء أي زوجة المتوفى
“dan didalam al-Misykah “ajakan perempuannya” dengan lafaz idofah kepada dhomir, Mulla ‘Ali al-Qari berkata : iaitu isteri dari yang meninggal dunia”.
Bariqatul Mahmudiyyah li-Abi Sa’id al-Khadami al-Hanafi [3/205] :
قال في شرحه عن كبير الحلبي «إنه - صلى الله تعالى عليه وسلم - حين رجع من دفن أنصاري استقبله داعي امرأته فجاء وجيء بالطعام فوضع يده ووضع القوم فأكلوا ورسول الله - صلى الله تعالى عليه وسلم - يلوك أي يمضغ لقمة في فيه» فهذا يدل على إباحة وضع أهل الميت الطعام والدعوة إليه انتهى
“Musonnnif berkata didalam syarahnya dari pembesar al-Halabi “sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam ketika kembali dari majlis pengkebumian orang Ansar, Rasulullah menerima ajakan wanitanya, maka datang dan dihidangkanlah makanan, kemudian Rasulullah meletakkan tangannya dan di ikutilah orang rombongan (sahabat), kemudian Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam makan sesuap iaitu sepotong daging ke mulutnya”. Maka ini menunjukkan atas bolehnya bagi keluarga si mati menyajikan makanan dan mengundang orang lain kepadanya. Selesai”.
Kemudian juga dijelaskan didalam Hasyiyah ath-Thahthawi ‘alaa Muraqi al-Falaah Syarh Nuur al-Iydlaah [1/617] Ahmad bin Muhammad bin Isma’il ath-Thahthawi al-Hanafi :
عن عاصم بن كليب عن أبيه عن رجل من الأنصار قال خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في جنازة فلما رجع استقبله داعي امرأته فجاء وجيء بالطعام فوضع يده ووضع القوم فأكلوا ورسول الله صلى الله عليه وسلم يلوك اللقمة في فيه الحديث فهذا يدل على إباحة صنع أهل الميت الطعام والدعوة إليه بل ذكر في البزازية أيضا من كتاب الاستحسان وإن اتخذ طعاما للفقراء كان حسنا اهـ
“Maka hadis ini (‘Asim bin Kulaib) menunjukkan atas kebolehan bagi keluarga si mati menghidangkan makanan dan mengajak manusia padanya bahkan juga di sebutkan didalam al-Bazaziyyah dari kitab al-Ihtihsan “dan jika menghidangkan makanan untuk fuqaraa’ maka itu bagus”. Selesai.
Selain itu ada hadis lain yang juga menjadi sandaran, sebagaimana yang dicantumkan oleh al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani (al-Syafi’i) didalam kitab al-Mathalib al-‘Aliyyah bi-Zawaidil Masaanid al-Tsamaniyyah [5/328] pada bab menghidangkan makanan untuk keluarga si mati . Diantaranya beliau menyebutkan riwayat Thawus (penjelasannya telah berlalu) dan riwayat dari Ahmad bin Mani’ berikut ini :
قال أحمد بن منيع حدثنا يزيد بن هارون حدثنا حماد بن سلمة عن علي بن زيد عن الحسن عن الحنف بن قيس قال كنت أسمع عمر رَضِيَ الله عَنْه يقول لا يدخل أحد من قريش في باب إلا دخل معه ناس فلا أدري ما تأويل قوله حتى طعن عمر رَضِيَ الله عَنْه فأمر صهيبا رَضِيَ الله عَنْه أن يصلي بالناس ثلاثا وأمر أن يجعل للناس طعاماً فلما رجعوا من الجنازة جاؤوا وقد وضعت الموائد فأمسك الناس عنها للحزن الذي هم فيه فجاء العباس بن عبد المطلب رَضِيَ الله عَنْه فقال يا أيها الناس قد مات الحديث وسيأتي إن شاء الله تعالى بتمامه في مناقب عمر رَضِيَ الله عَنْه
“Ahmad bin Mani’ berkata, telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun, menceritakan kepada kami Hammad bin Salamah dari ‘Ali bin Zayd, dari al-Hasan, dari al-Ahnaf bin Qays, ia berkata : aku pernah mendengar ‘Umar radliyallahu ‘anh mengatakan, seseorang dari Quraisy tidak akan masuk pada sebuah pintu kecuali seseorang masuk menyertainya, maka aku tidak mengerti apa yang maksud perkataannya sampai ‘Umar radliyallahu ‘anh di tikam, maka beliau memerintahkan Shuhaib radliyallahu ‘anh agar solat bersama manusia selama tiga hari, dan juga memerintahkan agar membuatkan makanan untuk manusia. Setelah mereka kembali (pulang) dari menghantar jenazah, dan sungguh makanan telah dihidangkan, maka manusia tidak mahu memakannya kerana sedih mereka pada saat itu, maka sayyidina ‘Abbas bin Abdul Muththalib radliyallahu ‘anh datang, kemudian berkata ; wahai.. manusia sungguh telah wafat .. (al-hadis), dan InsyaAllah selengkapnya dalam Manaqib ‘Umar radliyallah ‘anh”.
Riwayat ini, disebutkan juga oleh Syihabuddin Ibnu Utsman al-Bushiri al-Kinani al-Syafi’i didalam Ittihaf al-Khiyarah al-Mihrah bi-Zawaidil Asaanid al-Asyarah [2/507-509] pada Bab al-Ta’ziyah wa Tahyiah Tha’aamin Yub’atsu bihi li-Ahli al-Mayyit :
وَعَنِ الْأَحْنَفِ بْنِ قَيْسٍ قَالَ: "كُنْتُ أَسْمَعُ عمر بن الحنطاب- رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ- يَقُولُ: لَا يَدْخُلُ رَجُلٌ مِنْ قُرَيْشٍ فِي بَابٍ إِلَّا دَخَلَ مَعَهُ نَاسٌ. فَلَا أَدْرِي مَا تَأْوِيلُ قَوْلِهِ، حَتَّى طُعِنَ عُمر فأَمر صُهيبًا أَن يُصلِّي بِالنَّاسِ ثلاثَا، وَأَمَرَ بِأَنْ يَجْعَلَ لِلنَّاسِ طَعَامًا، فَلَمَّا رَجَعُوا مِنَ الْجِنَازَةِ جَاءُوا وَقَدْ وُضعت الْمَوَائِدُ فأَمسك النَّاسُ عَنْهَا لِلْحُزْنِ الَّذِي هُمْ فِيهِ، فجاء العباس بن عبد المطلب قال: يَا أَيُّهَا النَّاسُ، قَدْ مَاتَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فَأَكَلْنَا بَعْدَهُ وَشَرِبْنَا، ومات أبو بكر فأكلنا بعده وشربنا، أيها الناس كلوا من هذا الطعام. فمد يده وَمَدَّ النَّاسُ أَيْدِيَهُمْ فَأَكَلُوا، فَعَرَفْتُ تَأْوِيلَ قَوْلِهِ ". رَوَاهُ أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ بِسَنَدٍ فِيهِ عَلِيُّ بْنُ زَيْدِ بْنِ جُدْعَا
“Dan dari al-Ahnaf bin Qays, ia berkata : aku mendengar ‘Umar bin Khattab radliyallahu ‘anh mengatakan, seseorang dari Quraisy tidak akan masuk pada sebuah pintu kecuali manusia masuk bersamanya. Maka aku tidak maksud dari perkataannya, sampai ‘Umar di tikam kemudian memerintahkan kepada Shuhaib agar solat bersama manusia dan membuatkan makanan hidangan makan untuk manusia selama tiga hari. Ketika mereka telah kembali dari menghantar jenazah, mereka datang dan sungguh makanan telah dihidangkan namun mereka tidak menyentuhnya kerana kesedihan pada diri mereka. Maka datanglah sayyidina ‘Abbas bin Abdul Mutthalib, seraya berkata : “wahai manusia, sungguh Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam telah wafat, dan kita semua makan dan minum setelahnya, Abu Bakar juga telah wafat dan kita makan serta minum setelahnya, wahai manusia.. makanlah oleh kalian dari makanan ini, maka sayyidina ‘Abbas menghulurkan tangan (mengambil makanan), diikuti oleh yang lainnya kemudian mereka semua makan. Maka aku (al-Ahnaf) mengetahui maksud dari perkataannya. Ahmad bin Mani telah meriwayatkannya dengan sanad didalamnya iaitu ‘Ali bin Zayd bin Jud’an”.
Disebutkan juga Majma’ az-Zawaid wa Manba’ul Fawaid (5/159) lil-Imam Nuruddin bin ‘Ali al-Haitsami (w. 807 H), dikatakan bahawa Imam ath-Thabrani telah meriwayatkannya, dan didalamnya ada ‘Ali bin Zayd, dan hadisnya hasan serta rijal-rijalnya sahih ; Kanzul ‘Ummal fiy Sunanil Aqwal wa al-Af’al lil-Imam ‘Alauddin ‘Ali al-Qadiriy asy-Syadili (w. 975 H) ; Thabaqat al-Kubra (4/21) lil-Imam Ibni Sa’ad (w. 230 H) ; Ma’rifatu wa at-Tarikh (1/110) lil-Imam Abu Yusuf al-Farisi al-Fasawi (w. 277 H) ; Tarikh Baghdad (14/320) lil-Imam Abu Bakar Ahmad al-Khathib al-Baghdadi (w. 463 H).
Ada yang berkata bahawa keluarga si mati membuat makanan itu termasuk dalam niyahah iaitu meratap yang diharamkan. Mari kita semak apa itu NIYAHAH (MERATAP). Adapun pengertian niyahah sendiri, sebagaimana yang Imam Nawawi sebutkan adalah :
واعلم أن النياحة : رفع الصوت بالندب، والندب: تعديد النادبة بصوتها محاسن الميت، وقيل: هو البكاء عليه مع تعديد محاسنه. قال أصحابنا: ويحرم رفع الصوت بإفراط في البكاء. وأما البكاء على الميت من غير ندب ولا نياحة فليس بحرام
“Ketahuilah, sesungguhnya niyahah adalah menyaringkan suara dengan an-nadb, adapun an-Nadb sendiri adalah mengulang-ngulang meratapi dengan suara (atau menyebut berulang-ulang) tentang kebaikan mayat. qiil (ulama juga ada yang mengatakan) bahwa niyahah adalah menangisi mayat disertai menyebut-menyebut kebaikan mayat”. Ashab kami (ulama syafi’iyah kami) mengatakan : “haram menyaringkan suara dengan berlebih-lebihan dalam menangis”. Adapun menangisi mayat tanpa menyebut-menyebut dan tanpa meratapinya maka itu tidak haram”.
al-Adzkar lil-Imam an-Nawawi [147]
والنياحة رفع الصوت بالندب قال الشافعي والأصحاب البكاء على الميت جائز قبل الموت وبعده ولكن قبله أولى
“Niyahah adalah menyaringkan suara dengan an-nadb, al-Imam Asy-Syafi’i dan Ashhabusy Syafi’i (ulama syafi’iyah) mengatakan, menangisi orang mati boleh baik sebelum mati atau setelah mati, akan tetapi menangisi sebelum mati itu lebih utama”.
al-Majmu’ syarh al-Muhadzdzab [5/ 307] lil-Imam an-Nawawi
Oleh kerana itu, penetapan hukum bid’ah makruhah (bid’ah yang hukumnya makruh) kerana boleh menjadi sebab adanya niyahah atau boleh membawa pada niyahah. Jika mengikuti kaedah usul, inilah yang menjadi illat (sebab) dihukumkan makruh (bid’ah makruhah). Namun, jika illatnya (sebab meratap) tidak ada maka hukumnya juga berubah.
KESIMPULAN : MEMBUAT MAKANAN DENGAN NIAT SEDEKAH KEPADA PARA TETAMU DAN PAHALANYA DINIATKAN PADA SI MATI ATAU MENJAMU SAUDARA MARA YANG DATANG DARI JAUH ITU TIDAK SALAH
MENJADI KESALAHAN ADALAH APABILA MENJAMU MAKANAN TERSEBUT DENGAN NIAT SUPAYA TETAMU MERATAP-RATAP YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA HUKUM HARAM
ABU SUNNAH
AHLI SUNNAH WALJAMAAH NEGERI SEMBILAN
Subscribe to:
Posts (Atom)


