Saturday, 11 February 2017
SUNNAH MEMBACA DOA QUNUT SUBUH
A. Hukum Membaca Qunut Subuh
Di dalam Mazhab Syafie sudah disepakati bahawa membaca doa qunut dalam solat subuh pada I'tidal rakaat kedua adalah sunnah ab'ad. Sunnah Ab'ad ertinya diberi pahala bagi yang mengerjakannya dan bagi yang lupa mengerjakannya disunnahkan menampalnya dengan Sujud sahwi.
Tersebut dalam Al Majmu 'syarah muhazzab jilid III / 504 sebagai berikut:
"Dalam mazhab syafie disunnatkan qunut pada waktu solat subuh baik ketika turun bencana atau tidak. Dengan hukum inilah berpegang majoriti ulama salaf dan orang-orang yang sesudah mereka. Dan diantara yang berpendapat demikian adalah Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Khattab, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Ibnu Abbas, Barra 'bin Azib - semoga Allah meredhoi mereka semua. Ini diriwayatkan oleh Baihaqi dengan sanad yang sahih. Ramai tabi'in dan yang sesudah mereka berpendapat demikian. Inilah mazhab Ibnu Abi Laila, Hasan bin Shalih, Malik dan Daud. "
Dalam kitab Al-Umm jilid I / 205 disebutkan bahawa Imam syafie berkata:
"Tidak ada qunut pada solat lima waktu selain solat subuh. Kecuali jika terjadi bencana, maka boleh qunut pada semua solat jika imam menyukai".
Imam Jalaluddin al-Mahalli berkata dalam kitab Al-Mahalli jilid I / 157:
"Disunnahkan qunut pada I'tidal rakaat kedua dari solat subuh dan dia adalah" Allahummahdinii fiman hadait ... .hingga akhirnya ".
Demikian keputusan hukum tentang qunut subuh dalam mazhab syafie
B. Dalil-Dalil Kesunattan qunut subuh
Berikut ini dikemukakan dalil dalil tentang kesunnatan qunut subuh yang diantaranya adalah sebagai berikut:
Hadis dari Anas ra.
"Bahawa Nabi saw. pernah qunut selama satu bulan sambil mendoakan kecelakaan atas mereka kemudian Nabi meninggalkannya.Adapun pada solat subuh, maka Nabi melakukan qunut hingga beliau meninggal dunia "
Hadis ini diriwayatkan oleh sekelompok huffaz dan mereka juga ikut meriwayatkannya dan mereka juga ikut mensahihkannya. Diantara ulama yang mengakui kesahihan hadis ini adalah Hafiz Abu Abdillah Muhammad Ali Al-Balkhi dan Al-Hakim Abu Abdillah pada beberapa tempat di kitabnya serta imam Baihaqi. Hadis ini juga turut di riwayatkan oleh Darulquthni dari beberapa jalan dengan sanad-sanad yang sahih.
حدثنا عمرو بن علي الباهلي, قال: حدثنا خالد بن يزيد, قال: حدثنا أبو جعفر الرازي, عن الربيع, قال: سئل أنس عن قنوت (1) النبي صلى الله عليه وسلم: «أنه قنت شهرا», فقال: ما زال النبي صلى الله عليه وسلم يقنت حتى مات قالوا: فالقنوت في صلاة الصبح لم يزل من عمل النبي صلى الله عليه وسلم حتى فارق الدنيا, قالوا: والذي روي عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قنت شهرا ثم تركه, إنما كان قنوته على من روي عنه أنه دعا عليه من قتلة أصحاب بئر معونة, من رعل وذكوان وعصية وأشباههم, فإنه قنت يدعو عليهم في كل صلاة, ثم ترك القنوت عليهم, فأما في الفجر, فإنه لم يتركه حتى فارق الدنيا, كما روى أنس بن مالك عنه صلى الله عليه وسلم في ذلك وقال آخرون: لا قنوت في شيء من الصلوات المكتوبات, وإنما القنوت في الوتر
Dikatakan oleh Umar bin Ali Al Bahiliy, dikatakan oleh Khalid bin Yazid, dikatakan Jakfar Arraziy, dari Arrabi 'berkata: Anas ra ditanya tentang Qunut Nabi saw bahawa apakah betul beliau saw berqunut sebulan, maka berkata Anas ra: beliau saw selalu terus berqunut hingga wafat , lalu mereka mengatakan maka Qunut Nabi saw pada solat subuh selalu berkesinambungan hingga beliau saw wafat, dan mereka yg meriwayatkan bahawa Qunut Nabi saw hanya sebulan kemudian berhenti maka yg dimaksud adalah Qunut setiap solat untuk mendoakan kehancuran atas musuh musuh, lalu (setelah sebulan) beliau saw berhenti, namun Qunut di solat subuh terus berjalan hingga beliau saw wafat. (Sunan Imam Baihaqi Alkubra Juz 2 hal 211 Bab Raf'ul yadayn filqunut, Sunan Imam Baihaqi Alkubra Juz 3 hal 41, Fathul Baari Imam Ibn Rajab Kitabusshalat Juz 7 hal 178 dan hal 201, Syarh Nawawi Ala shahih Muslim Bab Dzikr Nida Juz 3 hal 324, dan banyak lagi).
2. Hadis dari Awam Bin Hamzah dimana beliau berkata:
"Aku bertanya kepada Usman -semoga Allah meredhoinya- tentang qunut pada Subuh. Beliau berkata: Qunut itu sesudah ruku' . Aku bertanya: "Fatwa siapa?", Beliau menjawab: "Fatwa Abu Bakar, Umar dan Usman Radhiyallahu 'anhum".
Hadits ini riwayat Imam Baihaqi dan beliau berkata: "Isnadnya Hasan". Dan Baihaqi juga meriwayatkan hadis ini dari Umar Ra. Dari beberapa jalan.
3. Hadis dari Abdullah bin Ma'qil at-Tabi'i
"Ali Ra. Qunut pada solat subuh ".
Diriwayatkan oleh Baihaqi dan beliau berkata: "Hadits tentang Ali Ra. Ini sahih lagi masyhur.
4. Hadis dari Barra 'Ra. :
"Bahawa Rasulullah Saw. melakukan qunut pada solat subuh dan maghrib ". (HR. Muslim).
5. Hadis dari Barra 'Ra. :
"Bahawa Rasulullah Saw. melakukan qunut pada solat subuh ". (HR. Muslim).
Hadis no. 4 diriwayatkan pula oleh Abu Daud dengan tanpa penyebutan solat maghrib. Imam Nawawi dalam Majmu 'II / 505 berkata: "Tidaklah mengapa meninggalkan qunut pada solat maghrib kerana qunut bukanlah sesuatu yang wajib atau kerana ijma ulama menunjukan bahawa qunut pada solat maghrib sudah mansukh hukumnya".
6. Hadis dari Abi rofi '
"Umar melakukan qunut pada solat subuh sesudah ruku 'dan mengangkat kedua tangannya serta membaca doa dengn bersuara". (HR Baihaqi dan beliau mengatakan hadis ini sahih).
7. Hadis dari ibnu sirin, beliau berkata:
"Aku berkata kepada Anas: Adakah Rasulullah SAW. melakukan qunut pada waktu subuh? Anas menjawab: Ya, begitu selesai ruku' ". (HR. Bukhari Muslim).
8. Hadis dari Abu Hurairah ra. Beliau berkata:
"Rasulullah Saw. jika beliau mengangkat kepalanya dari ruku pada rakaat kedua solat subuh beliau mengangkat kedua tangannya lalu berdoa: "Allahummah awal fii man hadait ... .dan seterusnya". (HR. Hakim dan dia mensahihkannya).
9. Hadis dari Hasan bin Ali bin Abi Talib ra. Beliau berkata:
"Aku telah diajar oleh Rasulullah Saw. beberapa kalimat yang aku ucapkan pada witir iaitu: Allahummah awal fii man hadait ... .dan seterusnya "(HR Abu Daud, Tirmizi, Nasaie dan selain mereka dengan isnad yang sahih)
10. Hadis dari Ibnu Ali bin Talib ra. (Berkaitan dengan hadis no. 8)
Imam Baihaqi meriwayatkan daripada Muhammad bin Hanafiah dan beliau adalah Ibnu Ali bin Talib ra. Beliau berkata:
"Sesungguhnya doa ini adalah yang dipakai oleh bapa pada waktu qunut waktu solat subuh" (Al-baihaqi II / 209).
11. Hadis doa qunut subuh dari Ibnu Abbas ra. :
Mengenai doa qunut subuh ini, Imam Baihaqi juga meriwayatkan dari beberapa jalan iaitu Ibnu Abbas dan selainnya:
"Bahawasanya Nabi Saw. mengajarkan doa ini (Allahummah awal fii man hadait ... .dan seterusnya) kepada para sahabat agar mereka berdoa dengannya pada waktu qunut di solat subuh "(Al-baihaqi II / 209).
Demikianlah Beberapa Dalil yang dipakai para ulama-ulama ahlusunnah dari madzhab syafiiyah berkaitan dengan fatwa mereka tentang qunut subuh.
Dari sini dapat dilihat kesahihan hadis-hadisnya kerana disahihkan oleh Imam-imam hadis ahlusunnah yang dipercayai. Hati-hati dengan orang-orang khalaf akhir zaman yang lemah hafalan hadisnya tetapi mengaku ahli hadis dan banyak meragukan hadis-hadis seperti mendoifkan hadis sahih dan sebaliknya.
Sila Like Page Sunnah Rasulullah
https://m.facebook.com/profile.php?id=990303737717259&_rdr
C. Tempat Qunut Subuh dan Nazilah adalah Sesudah ruku' rakaat terakhir.
Disebut dalam Al-Majmu Jilid III / 506 bahawa: "Tempat qunut itu adalah sesudah mengangkat kepala dari ruku. Ini adalah ucapan Abu Bakar as-siddiq, Umar bin Khattab dan Uthman serta Ali ra.hum.
Mengenai Dalil-dalil qunut sesudah ruku:
Hadis dari Abu Hurairah:
"Bahawa Nabi Qunut sesungguhnya sesudah ruku' " (HR. Bukhari Muslim).
2. Hadis dari ibnu sirin, beliau berkata:
"Aku berkata kepada Anas: Adakah Rasulullah SAW. melakukan qunut pada waktu subuh? Anas menjawab: Ya, begitu selesai ruku' ". (HR. Bukhari Muslim).
3. Hadis dari Anas Ra.
"Bahawa Nabi Saw. melakukan qunut selama satu bulan sesudah rukuk pada subuh sambil mendoakan kecelakaan keatas Bani 'Ushayyah "(HR. Bukhari Muslim).
4. Hadis Dari Awam Bin Hamzah dan Rofi yang sudah disebutkan pada dalil 4 dan 5 tentang kesunnatan qunut subuh.
5. Riwayat Dari Ashim al-ahwal dari Anas Ra. :
"Bahawa Anas Ra. Berfatwa tentang qunut sesudah ruku ".
6. Hadiss dari Abu Hurairah ra. Beliau berkata:
"Rasulullah Saw. jika beliau mengangkat kepalanya dari ruku pada rakaat kedua solat subuh beliau mengangkat kedua tangannya lalu berdoa: "Allahummah awal fii man hadait ... .dan seterusnya". (HR. Hakim dan dia mensahihkannya).
7. Hadis Riwayat dari Salim dari Ibnu Umar ra.
"Bahawasanya ibnu umar mendengar Rasulullah SAW apabila beliau mengangkat kepalanya dari ruku pada rakaat terakhir solat subuh, beliau berkata:" Ya Allah laknatlah sifulan dan si fulan ", sesudah beliau menucapkan sami'allahu liman hamidah. Maka Allah menurunkan ayat: "Tidak ada bagi kamu sesuatu pun urusan mereka itu atau dari pemberian taubat terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang yang zalim" (HR Bukhari).
Disini jelas Bahawa pada qunut nazilah dan qunut subuh, dilakukan selepas ia ruku' . Adapun ada riwayat yang menyatakan sebelum ruku' , Imam Baihaqi mengatakan dalam kitab Al-Majmu' :
"Dan orang-orang yang meriwayatkan qunut sesudah ruku' lebih banyak dan lebih kuat menghafaz hadis, maka dialah yang lebih utama dan inilah jalannya para khalifah yang memperoleh petunjuk - radhiyallahu 'anhum- pada sebahagian besar riwayat mereka, wallahu a'lam".
D. Jawapan untuk orang-orang yang membantah sunnahnya qunut subuh
Ada yang mendatangkan Hadis bahawa Ummu Salamah berkata:
"Bahawa Nabi Saw. melarang qunut pada waktu subuh "(Hadis ini Dhoif).
Jawapan: Hadis ini dhaif (lemah) kerana periwayatan dari Muhammad bin Ya'la dari Anbasah bin Abdurrahman dari Abdullah bin Nafi 'dari bapaknya dari Ummu Salamah. Berkata darulqutni: "Ketiga-tiga orang itu adalah lemah dan tidak benar jika Nafi 'mendengar hadis itu dari Ummu Salamah". Tersebut dalam Mizanul I'tidal "Muhammad bin Ya'la 'dikatakan oleh Imam Bukhari bahawa ia banyak menghilangkan hadis. Abu Hatim mengatakan ianya matruk "(Mizanul I'tidal IV / 70).
Anbasah bin Abdurrahman menurut Imam Baihaqi hadisnya matruk. Sedangkan Abdullah adalah orang banyak meriwayatkan hadis mungkar. (Mizanul I'tidal II / 422).
2. Ada yang mengajukan Hadis bahawa Ibnu Abbas ra. berkata:
"Qunut pada solat subuh adalah bid'ah"
Jawapan: Hadis ini dhaif (lemah) sekali (dhaif jiddan) kerana Imam Baihaqi meriwayatkannya dari Abu Laila Al-Kufi dan beliau sendiri mengatakan bahawa hadis ini tidak sahih kerana Abu Laila itu adalah matruk (Orang yang ditinggalkan hadisnya). Lebih-lebih lagi pada hadis yang lain Ibnu Abbas sendiri mengatakan:
"Bahawasanya Ibnu Abbas melakukan qunut subuh".
3. Ada juga yang mengetengahkan riwayat Ibnu Mas'ud yang mengatakan:
"Rasulullah tidak pernah qunut didalam solat apapun".
Jawapan: Riwayat ini menurut Imam Nawawi dalam Al Majmu sangatlah dhoif kerana perawinya terdapat Muhammad bin Jabir As-Suhaili yang ucapannya selalu ditinggalkan oleh ahli hadis. Tersebut dalam Mizanul I'tidal karangan az-Zahabi bahawa Muhammad bin Jabir As-Suhaili adalah orang yang dhoif menurut perkataan Ibnu Mu'in dan Imam Nasa'i. Imam Bukhari mengatakan: "ia tidak kuat". Imam Ibnu Hatim berkata: "Ia dalam masa akhirnya menjadi pelupa dan kitabnya telah hilang". (Mizanul I'tidal III / 492).
Dan juga kita dapat menjawab dengan jawaban terdahulu bahawa orang yang mengatakan "ada" lebih didahulukan daripada yang mengatakan "tidak ada" berdasarkan kaedah "Al-musbit muqaddam a'lan Naafi".
4. Ada orang yg berpendapat bahawa Nabi Muhammad saw melakukan qunut satu bulan sahaja berdasarkan hadis Anas ra, maksudnya:
"Bahawasanya Nabi saw melakukan qunut selama satu bulan sesudah ruku' sambil mendoakan kecelakaan ke atas beberapa puak Arab kemudian baginda meninggalkannya." Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Jawapan: Hadis daripada Anas tersebut kita akui sebagi hadis yg sahih kerana terdapat dalam kitab Bukhari dan Muslim. Akan tetapi yg menjadi permasalahan sekarang adalah kata: (thumma tarakahu = Kemudian Nabi meninggalkannya).
Apakah yg ditinggalkan oleh Nabi itu?
Meninggalkan qunutkah? Atau meninggalkan berdoa yg mengandungi kecelakaan ke atas puak-puak Arab?
Untuk menjawab permasalahan ini lah kita perhatikan baik-baik penjelasan Imam Nawawi dlm Al-Majmu' jil.3, hlm.505 maksudnya:
"Adapun jawapan terhadap hadis Anas dan Abi Hurairah r.a dlm ucapannya dengan (thumma tarakahu) maka maksudnya adalah meninggalkan doa kecelakaan ke atas orang-orang kafir itu dan meninggalkan laknat terhadap mereka sahaja. Bukan meninggalkan seluruh qunut atau meninggalkan qunut pada selain subuh. Penafsiran seperti ini mesti dilakukan kerana hadis Anas di dlm ucapannya 'sentiasa Nabi qunut di dlm solat subuh sehingga beliau meninggal dunia' . Adalah sahih lagi jelas maka wajiblah menggabungkan di antara kedua-duanya. "
Imam Baihaqi meriwayatkan dan Abdur Rahman bin Madiyyil, bahawasanya beliau berkata, maksudnya:
"Hanyalah yg ditinggalkan oleh Nabi itu adalah melaknat."
Tambahan lagi pennafsiran seperti ini dijelaskan oleh riwayat Abu Hurairah ra yg berbunyi, maksudnya:
"Kemudian Nabi menghentikan doa kecelakaan ke atas mereka."
Dengan demikian dapatlah dibuat kesimpulan bahawa qunut Nabi yg satu bulan itu adalah qunut nazilah dan qunut inilah yg ditinggalkan, bukan qunut pada waktu solat subuh.
5. Ada juga orang-orang yg tidak menyukai qunut mengemukakan dalil hadis Saad bin Thariq yg juga bernama Abu Malik Al-Asja'i, maksudnya:
"Dari Abu Malik Al-Asja'i, beliau berkata: Aku pernah bertanya kepada bapaku, wahai bapa! sesungguhnya engkau pernah solat di belakang Rasulullah saw, Abu Bakar, Usman dan Ali bin Abi Thalib di sini di kufah selama kurang lebih dari lima tahun. Adakah mereka melakukan qunut ?. Dijawab oleh bapanya: "Wahai anakku, itu adalah bid'ah." Diriwayatkan oleh Tirmizi.
Jawapan:
Kalau benar Saad bin Thariq berkata begini maka sungguh menghairankan kerana hadis-hadis tentang Nabi dan para Khulafa Rasyidun yg melakukan qunut banyak sangat sama ada di dlm kitab Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Abu Daud, Nasa'i dan Baihaqi.
Oleh itu ucapan Saad bin Thariq tersebut tidaklah diakui dan terpakai di dalam mazhab Syafie dan juga mazhab Maliki.
Hal ini disebabkan oleh kerana beribu-ribu orang telah melihat Nabi melakukan qunut, begitu pula sahabat baginda. Manakala hanya Thariq seorang shj yg mengatakan qunut itu sebagai amalan bid'ah.
Maka dalam masalah ini berlakulah kaedah usul fiqh iaitu:
"Almusbitu muqaddimun a'la annafi"
Maksudnya: Orang yg menetapkan lebih didahulukan atas orang yg menafikan.
Tambahan lagi orang yg mengatakan ADA jauh lebih banyak drpd orang yg mengatakan TIDAK ADA.
Seperti inilah jawapan Imam Nawawi didlm Al-Majmu 'jil.3, hlm.505, maksudnya:
"Dan jawapan kita terhadap hadis Saad bin Thariq adalah bahawa riwayat orang-orang yang menetapkan qunut terdapat pada mereka itu tambahan ilmu dan juga mereka lebih banyak. Oleh itu wajiblah mendahulukan mereka "
Pensyarah hadis Tirmizi iaitu Ibnul 'Arabi juga memberikan komen yang sama terhadap hadis Saad bin Thariq itu. Beliau mengatakan: "Telah sah dan tetap bahawa Nabi Muhammad saw melakukan qunut dlm solat subuh, telah tetap pula bahawa Nabi ada qunut sebelum rukuk atau sesudah rukuk, telah tetap pula bahawa Nabi ada melakukan qunut nazilah dan para khalifah di Madinah pun melakukan qunut serta Sayyidina Umar mengatakan bahawa qunut itu sunat, telah pula diamalkan di Masjid Madinah. Oleh itu janganlah kamu tengok dan jangan pula ambil perhatian terhadap ucapan yg lain daripada itu. "
6. Kelompok anti mazhab mengatakan: Dalam hadis-hadis yang disebutkan diatas, qunut bermakna tumaninah / khusu '?
Jawab: Dalam hadis2 yang ada dlm artikel ini semuanya bermakna seperti dalam topik yang dibicarakan "qunut" = berdoa pada waktu berdiri (setelah ruku) ...
qunut dalam hadis-hadis tersebut bukan bererti toma'ninah atau ruku. !!!
Mengenai hadis "qunut" yang bermakna toma'ninah / khusu' / dsb
Diriwayatkan dari Jabir Ra. katanya Rasulullah saw. bersabda: afdlalu solah thuululqunuut
ertinya: "solat yg paling baik ialah yang paling panjang qunutnya"
Dalam menjelaskan ayat alqur'an:
"Dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dalam keadaan" qanitiin "(al-baqarah 238) (HR Ibnu Abi Syaibah, Muslim, Tirmizi, Ibnu Majah seperti dalam kitab Duurul mantsur).
Mujahid Rah. maksud qanitiin disini termasuklah ruku' , khusyu' , rakaat yang panjang / lama berdiri, mata tunduk kebawah, takut kepada Allah swt.
Makna qanitiin juga bererti diam atau senyap. Sebelum turun ayat ini, masih dibolehkan berbicara dalam solat, melihat keatas, kebawah, kesana-kemari, dsb ... (lihat hadis bukhari muslim). Setelah turun ayat ini, perkara-perkara tersebut tidak dibolehkan. (Duurul Mansur)
E. Pendapat Imam Mazhab tentang qunut
1. Mazhab Hanafi:
Disunatkan qunut pada solat witir dan tempatnya sebelum ruku'. Adapun qunut pada solat subuh tidak disunatkan. Sedangkan qunut Nazilah disunatkan tetapi ada solat jahriyah saja.
2. Mazhab Maliki:
Disunnatkan qunut pada solat subuh dan tempatnya yang lebih utama adalah sebelum ruku, tetapi boleh juga dilakukan setelah ruku. Adapun qunut selain subuh iaitu qunut witir dan Nazilah, maka keduanya dimakruhkan.
3. Mazhab Syafie
Disunnatkan qunut pada waktu subuh dan tempatnya sesudah ruku'. Begitu juga disunnatkan qunut nazilah dan qunut witir pada pertengahan bulan ramadhan.
4. Mazhab Hambali
Disunnatkan qunut pada solat witir dan tempatnya sesudah ruku'. Adapun qunut subuh tidak disunnahkan. Sedangkan qunut nazilah disunatkan dan dilakukan diwaktu subuh saja.
Semoga kita dijadikan oleh Allah asbab hidayah bagi kita dan ummat seluruh alam.
ABU SUNNAH
AHLI SUNNAH WALJAMAAH NEGERI SEMBILAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment