Saturday, 11 February 2017

SUNNAH ATAU BID'AH MENCUKUR / MEMOTONG JANGGUT?


Soalan :

Seringkali kita lihat pada masa ini para pengikut sesetengah Ustaz menfatwakan bahawa haram mencukur janggut dan wajib membela janggut sehingga panjang . Mereka pada umumnya secara keras mengatakan bahawa mencukur janggut adalah perbuatan yang haram, benarkah begitu?

Jawaban:
Masalah ini termasuk dalam masalah khilafiyah para ulama sejak dahulu. Disini kita berikan hadis dan atsar dalam masalah ini:

جَزُّوْا الشَّوَارِبَ وَأَرْخُوْا اللُّحَى خَالِفُوْا الْمَجُوْسَ (أخرجه مسلم رقم 260 عن أبى هريرة)

“Cukurlah kumis kalian dan biarkan janggut kalian. Berbezalah dengan Majusi” (HR Muslim No 26o dari Abu Hurairah)

أَعْفُوْا اللُّحَى وَجَزُّوْا الشَّوَارِبَ وَغَيِّرُوْا شَيْبَكُمْ وَلاَ تَشَبَّهُوْا بِالْيَهُوْدِ وَالنَّصَارَى (أخرجه أحمد رقم 8657 والبيهقى رقم 673 عن أبى هريرة ، قال المناوى : بإسناد جيد)

“Biarkan janggut kalian, potong kumis kalian, ubahlah uban kalian dan janganlah kalian menyamai dengan Yahudi dan Nasrani” (HR Ahmad No 8657 dan Baihaqi No 673 dari Abu Hurairah, sanadnya jayyid)

خَالِفُوا الْمُشْرِكِينَ وَفِّرُوا اللِّحَى وَأَحْفُوا الشَّوَارِبَ (رواه البخاري رقم 5892  ومسلم رقم 259)

“Berbezalah kalian semua dengan Musyrikin. rawatlah janggut kalian dan cukurlah kumis kalian” (HR Bukhari No 5892 dan Muslim No 259 dari Ibnu Umar)

Dalam riwayat ini perawi hadisnya adalah Abdullah bin Umar. Dalam riwayat Bukhari terdapat penerangan lanjut berkenaan hadis diatas:

وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ إِذَا حَجَّ أَوِ اعْتَمَرَ قَبَضَ عَلَى لِحْيَتِهِ، فَمَا فَضَلَ أَخَذَهُ (رواه البخاري رقم 5892)

“Ibnu Umar ketika haji atau umrah memegang janggutnya, maka apa yang melebihi (genggamannya) ia memotongnya” (HR Bukhari No 8592)

Al-Hafiz Ibnu Hajar menyampaikan riwayat yang lain:

وَقَدْ أَخْرَجَهُ مَالِك فِي الْمُوَطَّأ " عَنْ نَافِع بِلَفْظِ كَانَ اِبْن عُمَر إِذَا حَلَقَ رَأْسه فِي حَجّ أَوْ عَمْرَة أَخَذَ مِنْ لِحْيَته وَشَارِبه " (فتح الباري لابن حجر - ج 16 / ص 483)

“Dan telah diriwayatkan oleh Malik dalam al-Muwattha’ dari Nafi’ dengan redaksi: Ibnu Umar jika mencukur rambutnya saat haji atau umrah, ia juga memotong janggut dan kumisnya” (Fath al-Baarii 16/483)

Dalam riwayat berbeza dinyatakan:

عَنْ جَابِرٍ قَالَ كُنَّا نُعْفِي السِّبَالَ إِلاَّ فِى حَجٍّ أَوْ عُمْرَةٍ (ابو داود . إسناده حسن اهـ فتح الباري 350/10)

Dari Jabir bin Abdillah “Kami (Para Sahabat) memanjangkan jenggut kami kecuali saat haji dan umrah” (HR Abu Dawud, dinilai hasan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar)

Ahli hadis Abdul Haq al-‘Adzim berkata:

وَفِي الْحَدِيث أَنَّ الصَّحَابَة j كَانُوا يُقَصِّرُونَ مِنْ اللِّحْيَة فِي النُّسُكِ (عون المعبود ج 9 / ص 246)

“Di dalam riwayat tersebut para sahabat memotong dari janggut mereka saat ibadah haji atau umrah”
(Aun al-Ma’bud Syarah Sunan Abi Dawud 9/246)

Dari dua atsar ini menunjukkan bahawa mencukur janggut tidak haram, kerana Abdullah bin Umar dan Sahabat yang lain mencukurnya saat ibadah haji atau umrah. Kalaulah mencukur janggut haram, maka tidak akan dilakukan oleh para sahabat, lebih-lebih lagi Abdullah bin Umar adalah sahabat yang dikenali paling tekun dalam meneladani Rasulullah Saw hingga ke tempat-tempat dimana Rasulullah pernah melakukan solat.

Imam an-Nawawi berkata:
(وَفِّرُوا اللِّحَى) فَحَصَلَ خَمْس رِوَايَات أَعْفُوا وَأَوْفُوا وَأَرْخُوا وَأَرْجُوا وَوَفِّرُوا وَمَعْنَاهَا كُلّهَا: تَرْكُهَا عَلَى حَالهَا. هَذَا هُوَ الظَّاهِر مِنْ الْحَدِيث الَّذِي تَقْتَضِيه أَلْفَاظه وَهُوَ الَّذِي قَالَهُ جَمَاعَة مِنْ أَصْحَابنَا وَغَيْرهمْ مِنْ الْعُلَمَاء. وَقَالَ الْقَاضِي عِيَاض رَحِمَهُ الله تَعَالَى يُكْرَه حَلْقهَا وَقَصّهَا وَتَحْرِيقهَا وَأَمَّا الْأَخْذ مِنْ طُولهَا وَعَرْضهَا فَحَسَن (شرح النووي على مسلم - ج 1 / ص 418)

“Dari 5 redaksi riwayat, makna kesemuanya adalah membiarkan janggut tumbuh sesuai keadaannya. Ini berdasarkan teks hadisnya. Inilah pendapat sekelompok ulama Syafiiyah dan lainnya. Qadi Iyad berkata: Makruh untuk memotong dan mencukur janggut. Adapun memotong janggut dari arah panjang dan lebarnya, maka bagus” (Syarah Muslim 1/418)

Dengan demikian, dapat disimpulkan:
«حَلْقُ اللِّحْيَةِ» ذَهَبَ جُمْهُوْرُ الْفُقَهَاءِ: الْحَنَفِيَّةِ وَالْمَالِكِيَّةِ وَالْحَنَابِلَةِ وَهُوَ قَوْلٌ عِنْدَ الشَّافِعِيَّةِ إِلَى أَنَّهُ يَحْرُمُ حَلْقُ اللِّحْيَةِ لأَنَّهُ مُنَاقِضٌ لِلأَمْرِ النَّبَوِيِّ بِإِعْفَائِهَا وَتَوْفِيْرِهَا ... وَاْلأَصَحُّ عِنْدَ الشَّافِعِيَّةِ: أَنَّ حَلْقَ اللِّحْيَةِ مَكْرُوْهٌ (الموسوعة الفقهية ج 2 / ص 12894)
“Bab tentang mencukur janggut. Majoriti ulama fekah, iaitu Hanafiyyah, Malikiyah, Hanabilah dan satu pendapat dalam mazhab Syafiiyah menyatakan bahawa mencukur janggut hukumnya haram, kerana bertentangan dengan perintah Nabi untuk membiarkan janggut hingga sempurna. Dan pendapat yang lebih unggul dalam mazhab Syafiiyah bahawa mencukur jaggut adalah makruh” (Mausu’ah al-Fiqhiyyah 2/12894)

ALIH BAHASA :
ABU SUNNAH
AHLI SUNNAH WALJAMAAH NEGERI SEMBILAN

SUMBER : MA'ROF KHOZIN

No comments:

Post a Comment