Saturday, 11 February 2017

SUNNAH MENGAMBIL BERKAT DENGAN PENINGGALAN NABI ( TABARRUK )


Sesiapa yang mengatakan tabarruk dengan rambut Nabi saw dan barang peninggalan Nabi saw sebagai bidaah atau syirik atau sesat, maka orang yang mengatakan demikian telah kufur dan lebih sesat lagi. Orang ini mengingkari hadis Sahih.

Sekalian banyaknya hadis-hadis sahih dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim bahawa:

1. Para sahabat berebut-rebut menadah air wudhuk yang jatuh dari anggota tubuh Rasulullah saw, untuk mendapatkan keberkatan baginda. (Sahih Bukhari, no 186).

2. Malah mereka yang tak dapat air wudhuk baginda, mereka ambil pulak dari sahabat lain yang dapat dari Nabi saw. (Sahih Bukhari, no 369 & 5521)

3. Rasulullah saw sendiri apabila mencukur rambutnya ketika Haji Wada', haji terakhir baginda, baginda memberi pada seorang sahabat, dan baginda menerintahkannya agar diagih-agihkan kepada sahabat lain. (Hadis Muttafaqun 'Alaih - Sahih Bukhari & Sahih Muslim, no 2298)

4. Seorang sahabat meminta dari Rasulullah saw satu kain yang baru sahaja dihadiahkan oleh seorang wanita kepada baginda. Sahabat yang lain marah, sebab sahabat yang mintak tu takde adab, tapi sahabat tu cakap dia nak keberkatan kain tu je sebab pernah disentuh Nabi. (Sahih Bukhari, no 5689)

5. Asma binti Abu Bakar menjadikan jubah Rasulullah saw sebagai ubat, dicelupkan jubah baginda ke dalam air dan diberi minum orang-orang sakit dan TIDAK ADA seorang sahabat pun mengingkari perbuatan beliau, dan perbuatan ini dilakukan selepas baginda wafat. (Sahih Muslim 2069 & 3855)

Imam Nawawi ketika menyebutkan hadis tabarruk dengan jubah Nabi saw di dalam Syarah Sahih Muslim, setelahnya beliau berkomentar:

“Dan di dalam hadis ini merupakan dalil atas dianjurkan bertabarruk dengan bekas-bekas (peninggalan) orang-orang soleh dan pakaian mereka “

6. Rasulullah saw menjadikan air liur orang mukmin sebagai penawar bagi penyakit suatu kaum di kalangan Muslim. (Sahih Muslim, no 5413)

7. Seorang sahabat meminta Rasulullah saw solat di dalam rumahnya satu kali, supaya dia boleh mendapatkan keberkatan untuk beliau membuat musolla (tempat solat) di tempat sama Rasulullah solat. Baginda siap tanya pada sahabat tu "Dimana kamu mahu aku bersolat?" (Sahih Bukhari, no 1130)

8. Rasulullah saw berdoa di Maqam Ibrahim (tempat Nabi Ibrahim berdoa) sebagai bertabarruk dengan kedudukan Nabi Ibrahim, dan Allah memuji baginda dalam surah Ali Imraan ayat 97.

9. Sayyiduna Umar selepas ditikam di perut, beliau meminta seorang sahabat agar meminta kebenaran dari isteri Nabi saw untuk dikebumikan di sebelah maqam baginda dan Abu Bakar. Beliau berkata "tidak ada yang lebih ku pentingkan berbanding mendapatkan tempat pembaringan itu". (Sahih Bukhari, no 1328)

10. Sahabat-sahabat Nabi (khususnya Abu Muslim) jika bermusafir akan solat sunat di tempat-tempat yang Nabi saw pernah solat, untuk mengambil keberkahannya. (Sahih Bukhari, no 469).

11. Sahabat Nabi saw yang masih kecil minum bekas air wudhuk Nabi saw dan melihat khatamun nubuwwah di belakang tubuh Nabi saw. (Sahih Bukhari, no 2345)

12. Sahabat Nabi, Ubaidah berkata jika dia memiliki rambut Nabi, itu adalah yang lebih baik dari dunia dan segala isinya. (Sahih Bukhari, no 168)

13. Anas bin Malik menyimpan peluh Nabi saw di dalam botol minyak wangi dan menyimpan rambut baginda. Beliau meminta untuk ditanamkan bersama peluh dan rambut baginda ketika matinya. (Sahih Bukhari, no 5925)

14. Para sahabat bertabarruk dengan kahak/air ludah Nabi saw, riwayat dari Urwah (Fathul Bari, jilid. 5, hlm. 341)

15. Para sahabat dan isteri Nabi menggunakan rambut baginda untuk merawat penyakit ain yang menimpa penduduk Madinah selepas kewafatan Nabi saw. (Fathul Bari, jilid. 10 hlm. 353)

16. Sahabat merawat sakit mata dengan ludah Nabi saw (Sahih Muslim, no 4423)

*Ni baru dari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Belum amik riwayat dari kitab-kitab hadis lain lagi seperti Sunan Tirmidzi, Musnad Ahmad, Sunan Ibnu Majah, Muwatha' Imam Malik dan lain-lain.

Belum amik lagi kisah-kisah dan riwayat-riwayat perbuatan salafus soleh dan ulama-ulama muktabar bertabarruk dengan orang soleh selain Rasulullah saw.

Pesanan saya, belajar lagi, sebelum sesuka hati menghukum itu bidaah, itu sesat, itu syirik, itu kurafat.

ABU SUNNAH
AHLI SUNNAH WALJAMAAH NEGERI SEMBILAN

https://m.facebook.com/sunnahrasulullah12/photos/a.990309187716714.1073741827.990303737717259/1045549988859300/?type=3&source=48

No comments:

Post a Comment